Thursday, 22 August 2013

"SUPER HIGH DENSITY" AGRICULTURE ABLE TO HELP SOLVE WORLD FOOD CRISIS

Dunia kini berdepan dengan krisis makanan yang agak serius. Di rantau ASEAN, Filipina paling teruk terjejas apabila harga beras di republik itu telah meningkat 100 peratus sehingga menyebabkan berlaku demonstrasi jalanan membantah kenaikan harga komoditi tersebut. Di sesetengah negara, seperti Haiti, keadaan lebih buruk lagi apabila berlaku rusuhan sehingga menyebabkan lima orang terbunuh dan tercetus pergaduhan antara penjual dan pembeli, apabila pembeli berasa marah kerana penjual menjual beras stok lama pada harga yang tinggi.

World now face food crisis that is pretty serious. In ASEAN REGION, Philippines are most seriously affected when price of rice in the republic have increased 100 percent until causes a street demonstration, protesting the increase in commodity price. In some countries, like Haiti, stated situation even worse when happen riot until causes five people been killed and sparked fight among sellers and buyers, when buyer feel angry because seller sells old stock rice at a high price.

Malaysia tidak terkecuali mula merasai kesan kenaikan harga beras global, apabila harga beras di pasaran tempatan telah mengalami peningkatan terutama harga beras import. Sebagai negara pengimport beras, Malaysia tidak dapat lari daripada berdepan dengan krisis tersebut kerana negara ini masih mengimport kira-kira 30 peratus daripada keperluan berasnya atau kira-kira 700,000 tan metrik setahun dari Thailand dan Vietnam.

      Malaysia are not exempt and start to sense the global price of rice hike impact, when price of rice in local market has undergone increase especially price of imported rice. As a rice importer country, Malaysia could not escape from facing the crisis because this country still importing about 30 percent from the need for rice or about 700,000 metric ton a year from Thailand and Vietnam.

Negara juga telah mengalami kenaikan harga gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan harga ayam dan barangan makanan lain, termasuk bawang dan lada antara 20 hingga 30 peratus berikutan kenaikan harga minyak. Harga bawang kecil dari India yang dijual pada harga RM4 sekilogram (kg) bulan lalu kini dijual pada harga RM14 di beberapa buah tempat. Menurut pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Mazlin Mokhtar "terdapat 3 faktor utama berlakunya krisis makanan di peringkat global.

Country have also undergone increase in sugar price, flour, cooking oil, fish, meat and chicken price and other food items, including onion and pepper between 20 to 30 percent following increases in fuel prices. Small onion price from India that being sold at the price of RM4 per Kilogram months ago now sold at RM14 in a number of places. According to the Universiti Kebangsaan Malaysia Environment & Development Institute, Prof. Dr. Mazlin Mokhtar "there are 3 main factor causing the food crisis in global level.  
 
  1. Pertambahan bilangan penduduk dunia
    Increase number of world population
  2. Kekurangan tanah yang diperuntukkan bagi sektor pertanian
    Lack of land that is allocated for agriculture sector  
  3. Kegiatan perindustrian yang aktif sehingga menyumbang kepada pencemaran selain perubahan cuaca dunia
    Apart from world weather change, industrial activity that is active until contribute to pollution

Ada pendapat yang mengatakan bahawa kenaikan harga barang makanan ini contohnya tepung berpunca daripada tindakan negara Amerika yang cuba memajukan teknologi biofuelnya. Tindakan ini menjejaskan bekalan bahan makanan memandangkan bagi menghasilkan 100 liter ethanol yang cukup untuk keperluan sebuah kereta memerlukan 240 kilogram jagung.

There is opinion which said that this increase in food price, for example flour caused by action from American country trying to develop biofuel technology. This action affect food supply, as to produce 100 liter of ethanol for a car, it need 240 kilogram of corns.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak menolak kemungkinan kenaikan harga makanan ayam menjadi punca harga ayam naik mendadak sehingga RM9 sekilogram sekarang. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga makanan ayam yang diimport dari Australia dan Thailand meningkat dari semasa ke semasa. Menurut bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata Malaysia perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku krisis bekalan makanan global pada 2030.

Ministry of Agriculture and Agro -Based Industry accepted the possibility of the chicken feed price hike is the cause of chicken price rise until RM9 a kilogram now. The minister, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob says chicken feed price imported from Australia and Thailand increase from time to time. According to former Minister of Science Technology and Innovations, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili says Malaysia have to stand-by facing the possibility of global food supply crisis happening in 2030.
 
 


Keupayaan inovasi pertanian SUPER HIGH DENSITY boleh dilihat dari aspek seperti berikut :
1.  Mengurangkan kos pengeluaran
2.  Meningkatkan nilai ekonomi kepada pengusaha pertanian
3.  Meningkatkan jumlah pengeluaran tanpa penambahan keluasan kawasan tanaman
4.  Meransang penyertaan pemilik tanah-tanah pertanian kecil terbiar
5.  Meransang penyertaan belia-belia di luar bandar di dalam sektor pertanian

SUPER HIGH DENSITY innovation capability for agriculture may be seen from aspect as follow:
1. Reduce production cost
2. Increasing of economic value to the agricultural entrepreneur
3. Increase total production without increase crop area
4. Encourage participation from owner of small idle agricultural lands
5. Encourage participation from youths in the rural in agriculture sector



No comments:

Post a Comment