Friday 23 August 2013

ECPI FERTILIZER TARGETED YIELD IMPROVEMENT 10 TIMES THROUGH A "SUPER HIGH DENSITY FARMING"

Pertanian merupakan salah satu sektor penting yang mendapat tumpuan dalam perdagangan dunia kerana sektor ini merupakan pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada penduduk dunia. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan Belanda tidak meminggirkan pembangunan sektor pertanian sebaliknya ia dimajukan sebagai satu entiti perniagaan yang berdaya saing dan menguntungkan. 

Agriculture is one of the important sectors which caught the attention in world trade because this sector is the provider of food and raw material resources to world population. Developed countries like United States, Australia and Netherlands did not disregard development of the agriculture sector. On the other hand it developed as a business entity that is competitive and profitable.
 
Malaysia merupakan negara pengimport makanan, bil imbangan dagangan makanan negara tidak pernah mencatatkan nilai lebihan. Pihak kerajaan cuba mentransformasikan sektor pertanian negara melalui pengenalan teknologi terkini serta beberapa langkah bagi meransangkan pembangunan industri pertanian negara. Namun usaha ini belum cukup untuk menarik perhatian masyarakat bagi menjadikan pertanian sebagai suatu kerjaya terutamanya dikalangan belia serta pemilik-pemilik tanah pertanian kecil.  Kenaikkan kos input pertanian serta pulangan yang rendah menyebabkan terdapat banyak tanah-tanah pertanian yang tidak diusahakan.
Malaysia is food importing country, country's food merchandise balance bill have never registered surplus value. The Government is trying to transform country's agriculture sector through the introduction of latest technology and several measures, for stimulate the development of agricultural industrial land. However, this effort still not yet attracting people's attention to make agriculture as a profession especially among youth and small agricultural landholders. The increase of agriculture input cost and low return causes many agriculture lands left abandoned.
Penyelidikan terhadap baja Bio Organik dan EM Bio yang dihasilkan melalui gabungan teknologi konvensional dan teknologi spacetime bertujuan bagi menghasilkan baja yang mampu memberi kesan maksima kepada tanaman. Inovasi ini juga mengambilkira keupayaan mengekspolitasikan guna tanah bagi meningkatkan pulangan kepada petani.
Research on Bio Organic fertilizer and EM Bio, that being produced through a combination of conventional technologies and spacetime technology, aims to produce a fertilizer that able to give maximum effect to crop. This innovation also took into account the capability of exploiting use of lands to increase returned to farmer.
Penyelidikan terhadap "SUPER HIGH DENSITY FARMING" dilihat antara langkah yang mampu menambah nilai sektor pertanian sekaligus menarik perhatian masyarakt untuk terlibat di dalam sektor pertanian. Ujian yang dijalankan ke atas tanaman pisang di atas tanah seluas 1 hektar memperlihatkan prospek yang sangat besar bagi menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian negara.
Research on "SUPER HIGH DENSITY FARMING" seen as among move that can add value to agriculture sector and at the same time attracts people attention to involve in agriculture sector. Test carried out on banana plant, above land as wide as 1 hectares, has shown a very large prospect for contributing to development of the national agriculture sector.


hutan pisang (banana forest/plantation)



pisang ditanam pada kepadatan 10 kali ganda 
berbanding kaedah konvensional

(banana cultivated at 10 times density
compared to conventional method)
 
padat dan subur (compact and fertile)

padat dan subur  (compact and fertile)

mula mengeluarkan hasil (start producing)

Ujian ini mensasarkan penghasilan atau pulangan sebanyak 10 kali ganda berbanding kaedah pertanian konvensional. Pemerhatian awal terhadap konsep "SUPER HIGH DENSITY FARMING" memperlihatkan pokok pisang yang ditanam masih mendapat "makanan" yang secukupnya dan tiada tanda-tanda negatif kesan daripada kaedah yang digunakan. 
 
This test aims the production or returned as much as 10 times compare to the conventional agricultural method. Early observation on the "SUPER HIGH DENSITY FARMING" concept shows that the planted banana trees still get "food" sufficiently and as a result there is no negative sign from the method used.
Bottom of Form
Penggunaan pisang nipah sebagai tanaman ujian juga turut mendedahkan kepada cabaran yang besar memandangkan tanaman tersebut menghadapi serangan penyakit yang sangat hebat diseluruh negara. Malah sebahagian benih yang digunakan juga menunjukkan tanda-tanda dijangkiti penyakit, namun rawatan yang dijalankan menunjukkan ia masih terkawal. Walau bagaimana pun masih banyak kajian serta penyelidikan yang perlu dijalankan terutamnya dari aspek pengurusan tanaman berkepadatan tinggi. Secara umumnya, penelitian yang dijalankan sehingga kini menunjukkan inovasi yang dijalankan ini mampu memberi sumbangan besar kepada pembangunan industri pertanian bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia. 

The usage of Nipah bananas (Musa acuminata balbisiana cultivars) as a test crop, also revealed to a big challenge as crop faces great disease nationwide. In fact part of seed used also showed symptoms of infection, however treatment carried out show it still controlled. However, there are still studies and research which need to be carried out especially from the highly compactness crop management aspect. Generally, perusal carried out till present, indicate that the innovation are able to give a great contribution to development of the agriculture industry not only in Malaysia, in fact throughout the world.

No comments:

Post a Comment